Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $2,000 lari daripada pemeriksaan imigresen

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Seorang wanita tempatan telah diarahkan oleh Mahkamah Majistret, pada 17 Mei lalu, untuk membayar denda atau menjalani hukuman penjara kerana melarikan diri daripada pemeriksaan imigresen semasa tiba dari Limbang.

    Pengiran Hasleena binti Pengiran Dato Haji Abidin, 51, telah diarahkan untuk membayar denda berjumlah $2,000 atau menjalani hukuman penjara selama dua bulan jika gagal membayarnya.

    Pendakwa Raya Nurul Husna Abidin mendedahkan di mahkamah bahawa tindakan defendan telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

    Defendan mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni kerana gagal mengemukakan pasportnya di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah sebaik tiba dari Limbang pada pukul 3:06 petang, 14 April 2020.

    Kemudian pada petang yang sama, dia dipanggil semula ke pos tersebut selepas pihak berkuasa meminta bapanya, yang keretanya didapati dirakam dalam rakaman CCTV agar memberitahunya supaya melaporkan diri.

    Laporan polis telah dibuat oleh pegawai imigresen yang membawa kepada pendakwaan defendan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda