Thursday, February 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $247,000 kerana miliki rokok, minuman beralkohol

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Seorang penduduk tetap berusia 33 tahun diarah membayar denda $247,000 kerana memiliki rokok seludup dan minuman beralkohol di sebuah kediaman.

    Wong Yeng Yiing perlu menjalani hukuman penjara 36 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Pendakwa kastam pada hari ini memaklumkan Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid bahawa sepasukan pegawai pencegahan kastam telah menemui bahan seludup berkenaan di sebuah kediaman di RPN Kampung Pandan, Kuala Belait pada 9:17 malam 1 Julai lalu.

    Sebanyak 268 karton dan 54 paket rokok bersama 96 karton dan 96 tin minuman beralkohol telah ditemui di mana barangan tersebut gagal diisytiharkan oleh defendan.

    Mahkamah memerintahkan barang rampasan dimusnahkan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda