Wednesday, October 16, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $281,500 miliki rokok seludup, minuman keras

    Oleh Nour Maghfirah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Mahkamah Majistret kelmarin menjatuhkan hukuman denda $281,500 kepada seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun selepas dia mengaku bersalah menyeludup rokok dan minuman beralkohol dalam kuantiti yang banyak.

    Mohammad Kaerol Sharol bin Abdullah perlu menjalani hukuman penjara 36 bulan jika gagal membayar denda.

    Kes itu berpunca daripada kejadian pada 25 Januari, di Pos Kawalan Sungai Tujoh di Kuala Belait, di mana pegawai kastam menahan defendan. Dalam pemeriksaan itu telah ditemui 335 karton pelbagai jenama rokok dan 720 karton pelbagai jenis minuman beralkohol.

    Mohammad Kaerol didakwa mengikut Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006. Dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

    Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mengarahkan rokok dan minuman beralkohol itu dimusnahkan, manakala kenderaan yang digunakan dalam operasi penyeludupan itu dirampas.

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda