Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $300 buang sampah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Padah membuang sampah di tempat awam, seorang lelaki telah dikenakan denda kompaun sebanyak $300 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe).

    Menurut JASTRe, Rinosophiaan bin Tajudin telah melakukan kesalahan melanggar Bab 12(1) di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Miscellaneous, Penggal 30, iaitu kesalahan membuang sampah di tempat awam di kawasan Kampung Batu Marang.

    Individu tersebut telah diberikan tempoh tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda kompaun.

    Jika gagal menjelaskan bayaran, Rinosophiaan boleh didakwa ke mahkamah, di mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua duanya sekali.

    Dalam kenyataan itu, JASTRe turut mengingatkan mana-mana individu, orang awam atau syarikat-syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda