Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $42,000 miliki rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang menyimpan rokok seludup di rumahnya untuk membayar denda berjumlah $42,000.

    Pemangku Majistret Kanan, Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim memerintahkan Norazrin bin Haji Ahad untuk menjalani hukuman penjara selama 14 bulan jika gagal membayar denda tersebut setelah mengaku bersalah kerana memiliki 52 karton rokok di rumahnya di Kampung Menengah, Temburong pada jam 8:30 malam 7 Januari lalu.

    Pendakwa kastam memaklumkan kepada mahkamah bahawa pegawai kastam telah menemui rokok berkenaan semasa pemeriksaan yang dijalankan pada malam tersebut.

    Mahkamah juga memerintahkan untuk merampas rokok tersebut untuk dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda