Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $46,400 miliki rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Seorang lelaki warga Indonesia kelmarin diperintahkan oleh Mahkamah Majistret untuk membayar denda $46,400 kerana memiliki rokok seludup.

    Dasep, 36, perlu menjalani hukuman penjara 15 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

    Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mendengar daripada pihak pendakwa raya kastam bahawa defendan didapati membawa 60 karton rokok di dalam keretanya di Pantai Seri Kenangan, Tutong dalam operasi bersama pada pukul 7 malam 19 Mac lalu.

    Mahkamah mengarahkan agar kesemua rokok yang dirampas itu dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda