Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $5,000 ke atas Syarikat Channelbuild Sdn Bhd atas kesalahan gagal mengemukakan butiran pulangan cukai pendapatan tahunannya.
Denda diputuskan Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim selepas wakil syarikat mengaku bersalah.
Timbalan Pendakwa Raya, Aisyah binti Haji Lakim memaklumkan mahkamah bahawa syarikat itu gagal mengemukakan pulangan cukai pendapatan yang berakhir pada 31 Disember 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2015 seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 52 (1) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35).