Oleh Fadely Faisal
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun, Muhammad Rasyid bin Haji Omardani, telah didenda $5,000 atau berhadapan hukuman penjara selama lima bulan kerana memiliki rokok seludup.
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) telah menjalankan serbuan pada 7 Februari lalu, jam 1:15 pagi di sebuah kediaman di Kampung Tanjong Nangka. Pegawai dari Unit Pencegahan Kastam telah merampas 10 karton rokok seludup dalam operasi tersebut.
Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni turut memerintahkan agar rokok seludup itu dimusnahkan.