Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $7,000 miliki 997 biji telur penyu

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Feb – Seorang lelaki warga Malaysia diberi tempoh sehingga esok untuk membayar denda $7,000 yang dijatuhi Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memiliki sebanyak 997 biji telur penyu.

    Sekiranya gagal membayar denda tersebut, Shahril bin Amatslan, 34, diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara selama empat bulan.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap defendan yang mengaku bersalah kerana memiliki 546 biji telur penyu daripada spesies penyu Olive Ridley; 371 biji daripada penyu hijau dan 80 biji daripada penyu Hawksbill.

    Permohonan defendan untuk membayar denda secara ansuran tidak dibenarkan oleh Majistret Dewi Norlelawati yang menganggap kesalahan defendan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan.

    “Hakikatnya, kamu memasuki negara ini dengan membawa telur penyu daripada spesies terancam dan perbuatan kamu adalah satu kesalahan serius,” tegas Majistret Dewi Norlelawati.

    Defendan yang merupakan salah seorang penumpang dalam kenderaan Proton Wira yang dipandu isterinya didakwa memiliki telur penyu itu yang disimpan dalam but kereta ketika ditahan pegawai pencegah kastam di Pos Kawalan Labu, Daerah Temburong pada 16 Oktober 2016.

    Defendan memberitahu mahkamah bahawa telur penyu itu dibelinya di Sandakan untuk isterinya yang ketika itu sedang mengandung.

    Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Hajah Nor’Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin memaklumkan mahkamah bahawa laporan daripada Bahagian Hidupan Liar, Kementerian SumberSumber Utama dan Pelancongan mengesahkan bahawa spesies penyu itu tersenarai di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda