Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $7,000 miliki alat Vape seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Mahkamah Majistret kelmarin telah memerintahkan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun membayar denda sebanyak $7,000 setelah mengaku bersalah kerana memiliki alat, jus dan aksesori vape yang diseludup.

    Mohammad Safwan @ Abdul Hakeem bin Husny akan menjalani hukuman penjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

    Pendakwa Kastam Haji Mohamad Junaidi bin Haji Ahmad mendedahkan di mahkamah bahawa tertuduh didapati memiliki barang seludup di dalam keretanya yang diletakkan di sebuah pasar raya di RPN Rimba pada jam 3:34 petang 10 April oleh pegawai pencegahan kastam.

    Pemangku Ketua Majistret Azrimah binti Abdul Rahman seterusnya memerintahkan agar barang-barang yang dirampas berkenaan dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda