Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Mahkamah Majistret kelmarin telah memerintahkan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun membayar denda sebanyak $7,000 setelah mengaku bersalah kerana memiliki alat, jus dan aksesori vape yang diseludup. Mohammad Safwan @ Abdul Hakeem bin Husny akan menjalani hukuman penjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.