Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Didenda $8,100 miliki minuman keras seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Mahkamah Majistret hari ini telah memerintahkan seorang lelaki penduduk tetap membayar denda $8,100 kerana memiliki minuman keras seludup.

    Teng Chai Heng, 59, perlu menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

    Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid dimaklumkan oleh pihak pendakwaan kastam bahawa defendan didapati menyimpan 48 botol pelbagai jenis minuman keras di sebuah rumah di Jalan Tengah, Kuala Belait ketika pegawai pencegahan kastam menjalankan pemeriksaan pada jam 2:30 petang, 11 Februari 2021.

    Mahkamah juga mengarahkan agar segala minuman keras yang dirampas itu dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...