Oleh Nour Maghfirah
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Seorang warga China didenda $8,400 oleh Mahkamah Majistret pada Isnin selepas mengaku bersalah memiliki rokok tidak diisytiharkan.
Jin En, 43, perlu menjalani hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Menurut pendakwa raya kastam, pegawai-pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei telah menahan Jin En pada jam 12:01 pagi pada 30 Januari.
Pemeriksaan membawa kepada pendedahan barangan seludup itu, menyebabkan dia ditahan serta-merta. Majistret Hajah Normazdina binti Haji Md Maskub memerintahkan semua rokok yang dirampas dilucuthakkan untuk dimusnahkan.
