Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $9,500 miliki rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 DIS – Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang lelaki Bangladesh membayar denda $9,500 kerana memiliki rokok seludup.

    Mohammad Tuhin Rahman perlu menjalani hukuman penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda tersebut selepas dia mengaku bersalah memiliki 13 karton rokok pelbagai jenama.

    Pendakwa kastam memaklumkan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid bahawa defendan didapati memiliki rokok tersebut di tapak Perindustrian Kuala Belait pada pukul 5:08 petang 14 Disember semasa pemeriksaan dijalankan oleh pegawai pencegahan kastam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda