Monday, April 21, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda gagal kemuka cukai

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Sebuah syarikat yang gagal mengemukakan butiran pulangan cukai pendapatan tahunannya seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 52(1) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35), didenda $1,000 oleh Mahkamah Majistret.

    Denda ke atas Mum’s Bakery & Cake House Sdn Bhd diputuskan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid selepas wakil syarikat mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan pulangan cukai pendapatan syarikat yang berakhir pada 31 Disember 2017.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Amiriah binti Haji Ali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda