Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda lebih $13,000 miliki rokok, minuman keras

    Oleh Fadley Faisal –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Mahkamah Majistret hari ini telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak $13,760 kepada seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun selepas didapati bersalah menyeludup rokok dan minuman beralkohol.

    Haji Zaidi bin Haji Ja’afar perlu menjalani hukuman penjara selama 14 bulan jika gagal membayar denda.

    Kes itu berpunca daripada kejadian pada 22 Februari sekitar jam 9:37 malam di Pos Kawalan Kuala Lurah, di mana pegawai menahan defendan.

    Dalam pemeriksaan itu telah ditemui lapan karton pelbagai jenama rokok, 10 tin dan enam botol pelbagai jenis minuman keras.

    Majistret Muhd Muzakkir bin Haji Zakaria mengarahkan barangan yang dirampas dilucuthakkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda