Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda lebih $23,000 miliki rokok seludup

    Oleh Nour Maghfirah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Seorang lelaki berusia 24 tahun didenda $23,810 oleh Mahkamah Majistret kelmarin kerana memiliki rokok seludup. Khalid bin Ibrahim perlu menjalani hukuman penjara 13 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Majistret Syarifah Nur Baqiyah binti Malai Shahran mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa defendan telah ditahan oleh pegawai pencegahan kastam semasa serbuan di sebuah rumah di Jalan Ban 5, Kampung Kilanas pada 13 Mac 2023, jam 10:27 pagi.

    Pihak berkuasa merampas 22 karton, 56 paket dan 34 batang rokok pelbagai jenis, bersama wang tunai berjumlah $158 dalam operasi itu.

    Defendan mengakui fakta yang dibentangkan di mahkamah kelmarin dan mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

    Mahkamah memerintahkan rokok yang dirampas untuk dimusnahkan dan wang tunai $158 dilucuthakkan. Sebuah tablet milik defendan yang turut dirampas, diarah untuk dikembalikan kepadanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda