Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Didenda lebih $70,000 kerana rokok

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Seorang lelaki warga Indonesia, kelmarin, diperintahkan oleh Mahkamah Majistret untuk membayar denda $70,600 kerana memiliki rokok seludup.

Islam yang berusia 56 tahun perlu menjalani hukuman penjara 16 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Dia ditahan oleh pegawai pencegah kastam yang menyerbu sebuah rumah di Jalan Singa Menteri, Kuala Belait pada 25 Mei lalu pukul 6:41 petang.

Pendakwa kastam seterusnya mendedahkan di mahkamah bahawa pegawai telah menahan defendan selepas menemui 90 karton, tujuh paket dan lima batang rokok tidak diisytiharkan dalam simpanannya, bersama wang tunai $2,054 dan IDR2,492.

Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mengarahkan rokok itu dimusnahkan dan wang tunai $1,094 yang disahkan hasil jualan rokok itu, dilucut hak kepada kerajaan.

 

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda