Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda lebih setengah juta

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, telah memerintahkan dua lelaki tempatan membayar denda besar kerana memiliki sejumlah besar rokok seludup dan alat vape.

    Dani bin Awang Damit, 31, diperintahkan untuk membayar $485,150 atau berisiko menjalani hukuman penjara selama 35 bulan, selepas dia mengaku bersalah memiliki 483 karton, lapan paket dan 19 batang rokok pelbagai jenama, tiga unit vape dan wang tunai $419 dipercayai hasil jualan daripada barang seludup berkenaan.

    Defendan ditahan apabila pegawai pengawal kastam menemui barangan seludup itu dalam serbuan di rumahnya di RPN Lambak Kanan pada 31 Oktober 2022.

    Sementara itu, Haji Adanan bin Haji Sulaiman diperintahkan untuk membayar denda $100,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara 18 bulan selepas dia mengaku bersalah memiliki 100 karton rokok.

    Defendan telah ditahan setelah didapati memiliki barangan seludup di Kampung Junjongan pada 29 Mei 2022 dalam operasi bersama yang dijalankan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

    Majistret Syaffina Shahif juga memerintahkan agar kesemua barangan seludup berkenaan dirampas untuk dimusnahkan.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda