Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didie kecewa sikap Enot

    Bukan merajuk atau masih menyimpan dendam susulan konflik yang pernah berlaku antara mereka, tahun lalu.

    Sebaliknya, pelakon dan pelawak popular, Didie Alias mengakui keengganannya mengulas apa sahaja isu peribadi membabitkannya dan pelakon Enot kerana sudah lama menutup buku dan memadam nama rakannya itu daripada hidupnya.

    “Selepas apa yang berlaku, saya hanya mahu teruskan kehidupan. Saya anggap dia sudah tiada. Saya sudah padam namanya dalam memori hidup.

    “Memang Enot pernah menjadi kesayangan. Saya sudah menganggapnya seperti darah daging sendiri dan tatang bagaikan minyak yang penuh.

    “Dia juga anggap saya seperti ibu, kakak dan sahabat yang boleh menjaganya. Namun, apa yang berlaku membuatkan saya kecewa.

    Didie berharap Enot dapat pikul tanggungjawab jaga anak dan cucunya dengan baik. – mStar

    “Jika Enot mahukan kehidupan baharu, teruskanlah. Itu pilihannya. Lagipun dia bukan budak lagi. Sepatutnya pada usia sekarang, dia sudah hidup bahagia dengan anak.

    “Saya sudah cuba yang terbaik dalam persahabatan, namun gagal. Saya minta maaf,” katanya kepada BH Online.

    Didie mengulas mengenai nama Enot kembali tular di aplikasi TikTok gara-gara didakwa menjalinkan hubungan sejenis.

    Perkongsian dibuat seorang individu mencuri perhatian warga maya, apabila dia secara terbuka meluahkan perasaan sayang terhadap Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah.

    Meskipun hatinya terluka, namun pelakon drama rantaian Takdir Yang Tertulis itu mengakui, ada ketika terbit juga rasa rindu pada sahabat yang sudah lama tidak ditemui itu.

    “Saya bukan seorang yang sibuk nak ambil tahu kisah hidupnya. Tapi bila sesekali kisahnya melintas dalam media sosial, saya terbaca juga.

    “Kami pernah susah senang bersama. Tipulah kalau kata saya tak rindu terutama kepada anaknya yang bijak dan saya mahu mereka jadi seperti anak-anak saya,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda