Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Didik masyarakat ilmu keislaman

Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

 

TEMBURONG, 2 Okt – Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama meneruskan Program Keagamaan Senegara di Dewan Sekolah Ugama Bokok baru-baru ini.

Pada program itu, satu tazkirah bertajuk ‘Kecemerlangan Guru Teras Kejayaan Umah’ telah disampaikan oleh salah seorang pegawai Jabatan Pengajian Islam Daerah Temburong, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamzah, diikuti bacaan Ratib Al-Attas beramai-ramai, Doa Hari Guru dan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Program dihadiri pegawai-pegawai kanan Jabatan Pengajian Islam Daerah Temburong, guru-guru agama dan pelajar.

Program juga diisikan dengan tazkirah bertajuk ‘Kecemerlangan Guru Teras Kejayaan Umah’.
Antara pelajar yang mengikuti program tersebut.

Ia bertujuan melahirkan dan mendidik masyarakat sedari kecil lagi untuk menjalankan kehidupan berlandaskan ajaran Islam sebenar, di samping membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi, melalui tazkirah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Ia juga dihasratkan dapat membentuk para pelajar agar sentiasa menjalani kehidupan berpandukan ajaran-ajaran Islam dan mengekalkan nilai keislaman dalam semua aspek.

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda