KUALA LUMPUR, 27 Feb – Kementerian Kesihatan kini mengadakan penguatkuasaan pendidikan kepada orang ramai bagi memberi kesedaran mengenai larangan merokok di seluruh taman awam dan tempat rekreasi sebelum arahan itu dikuatkuasakan pada 1 Jun ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia susulan daripada pewartaan Taman Awam sebagai tempat dilarang merokok di bawah peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Pindaan Peraturan 2017.
Sehingga tarikh itu penguatkuasaan pendidikan dijalankan melalui pengedaran risalah larangan itu dan individu yang ditahan melanggar peraturan ini sebelum tarikh berkuatkuasa akan diberikan amaran bertulis, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama