LONDON, 2 Jan – Penyerang Chelsea, Diego Costa telah mendedahkan bahawa dia hampir meninggalkan kelab tersebut ketika jendela perpindahan dibuka sebelum ini. Pemain antarabangsa Sepanyol kelahiran Brazil itu mengharungi kempen 2015-2016 yang teruk apabila kejuaraan Chelsea dirampas oleh Leicester City dan berkata dia telah membuat keputusan untuk meninggalkan kelab atas alasan peribadi pada penghujung musim.