Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diejek seperti badak air, Nathalie Holscher jalani pembedahan bariatrik

    Penyanyi Indonesia, Nathalie Holscher tampil membuat pendedahan mengejutkan berhubung keputusan menjalani pembedahan bariatrik demi menurunkan berat badan.

    Memetik laporan mStar, Nathalie, 33, berkata, tindakan itu diambil selepas tidak tahan lagi menjadi mangsa ejekan dan kecaman warganet yang memperlekeh bentuk tubuhnya.

    Jelas Nathalie, antara komen paling menyakitkan yang diterima adalah apabila dia disamakan dengan haiwan.

    “Alasannya sebab kena buli…orang kata badan saya macam badak air,” katanya.

    Tambah Nathalie kebanyakan komen negatif yang diterimanya datang daripada pengguna Facebook yang gemar meninggalkan kata-kata kesat berkaitan fizikalnya.

    Nathalie susut lapan kilogram selepas sebulan buat pembedahan bariatrik. – mStar

    Enggan terus berdepan dengan tekanan, Nathalie nekad menjalani prosedur tersebut dan berat badannya kini sudah susut sebanyak lapan kilogram.

    Namun menurut Nathalie, perjalanan selepas operasi bariatrik itu bukan mudah kerana dia perlu menjaga pemakanan dengan sangat ketat.

    Dalam fasa awal pemulihan, Nathalie hanya dibenarkan mengambil makanan dalam bentuk cecair dan bertekstur lembut sahaja.

    Walaupun sudah menunjukkan perubahan, Nathalie mengakui dirinya belum berpuas hati sepenuhnya dan masih menyimpan hasrat untuk menurunkan lebih banyak berat badan.

    “Alhamdulillah, tapi rasa puas tu baharu setengah sahaja… sebab masih belum turun banyak. Ini pun baru sebulan,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda