Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dier nafi keyakinan diri merosot

    LONDON, 26 FEB – Pemain pertahanan Tottenham, Eric Dier menolak kenyataan Jose Mourinho bahawa dia mengalami kehilangan keyakinan secara dramatik.

    Dier menjadi punca melepaskan beberapa gol ketika Tottenham mengalami kekalahan kelima dalam enam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

    Prestasi merosot Tottenham telah menyebabkan harapan untuk menamatkan kedudukan empat teratas dalam bahaya dan tekanan semakin memuncak buat pengurus, Mourinho.

    Mourinho memberi bayangan Dier telah mengalami penurunan keyakinan ketika tempoh kejatuhan tersebut, tetapi pemain kebangsaan England menyangkal dakwaan tersebut.

    “Dari segi keyakinan, saya tidak merasa saya berada dalam keadaan teruk sepanjang musim,” kata pemain tersebut.

    Aksi Eric Dier sewaktu bermain menentang Wolfsberger di saingan Liga Europa, baru-baru ini. – AP

    “Saya telah melalui tempoh di mana saya mempunyai keyakinan diri yang rendah pada masa lalu jadi saya tahu bagaimana perasaan itu.

    “Saya tidak merasainya pada musim ini. Perkara paling penting ialah kebenaran dan pandangan orang dan realitinya boleh berbeza kadangkala.

    “Saya bercakap mengenai bola sepak secara umum. Kami telah melalui saat yang sukar, tetapi penting untuk kekal berada di dalam konteks.

    “Saya gembira dengan permainan saya bagi sebahagian besar musim.

    “Ada penurunan yang selari dengan pasukan dan persembahan secara umum.

    “Saya tidak merasa keyakinan saya berada dalam keadaan negatif seperti waktu-waktu sebelum ini.”

    Meskipun komen dikeluarkan Mourinho, Dier mempunyai hubungan baik dengan pengurus, sebahagian kecil disebabkan oleh kemampuan berkomunikasi dalam Bahasa Portugal dan Mourinho ingin menandatangani Dier ketika dia menguruskan Manchester United.

    Dier menganggap Mourinho menunjukkan kasih sayang dengan cara yang tegas dan mengatakan, “Saya seorang pemain dewasa. Ini adalah tugas kerja yang lasak. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda