Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Dietrich Mateschitz meninggal dunia pada usia 78

    VIENNA, 23 OKT – Pengasas Red Bull Dietrich Mateschitz, yang berjaya menjadikan minuman tenaga sebagai salah satu fenomena antarabangsa, memiliki pasukan juara Formula Satu, serta membina empayar sukan, meninggal dunia pada usia 78 tahun, kata syarikat itu.

    “Red Bull menzahirkan rasa sedih ke atas kematian jutawan Austria itu dan bertuah ke atas apa yang telah dicapainya”.

    Mateschitz, seorang yang amat sederhana dalam hidupnya, sangat jarang menerima temu bual, berjayamengadaptasi minuman manis yang popular di Asia untuk pasaran Barat dengan penuh kejayaan.

    Dia dinamakan sebagai Lelaki Terkaya Austria pada tahun 2022 dengan anggaran nilai bersih sebanyak $27.4 bilion.

    Mateschitz melabur dengan mendalam di dalam bidang sukan untuk mendedahkan jenamanya ke persada global.

    Gambar fail yang diambil pada 19 November 2004 menunjukkan Dietrich Mateschitz, pengasas syarikat Red Bull. Dia meninggal dunia pada 22 Oktober 2022. – AFP

    Selain penglibatannya di dalam Formula Satu – pasukan yang mempunyai pemandu Max Verstappen sebagai juara dunia dua kali berturut-turut, Red Bull juga telah membeli kelab bola Salzburg di Austria pada 2005, dan kemudian Leipzig di Jerman.

    Kedua-dua kelab pernah memenangi trofi, semuanya kerana pelaburan yang dilakukan oleh jenama tersebut.

    Red Bull juga melebarkan sayapnya ke arena sukan ekstrem, dengan menaja acara-acara seperti akrobatik udara dan terjun tebing tinggi.

    Ketua pasukan Formula Satu Red Bull, Christian Horner, berkata “syukur Mateschitz sempat melihat Verstappen memenangi gelaran juara dunia kali kedua di Grand Prix Jepun dua minggu lalu.”

    Horner menyifatkan Mateschitz sebagai tulang belakang kepada semua yang kami lakukan.

    “Ia sangat menyedihkan. Orang yang baik-baik, untuk apa yang telah dia capai dan lakukan bagi orang ramai di serata dunia dan pelbagai jenis sukan,” katanya semasa di Grand Prix Amerika Syarikat di Austin, Texas.

    Horner memberitahu Sky Sports F1 bahawa Mateschitz adalah bukti anda boleh membawa perubahan. Dia merupakan penyokong kuat dan tulang belakang kepada semua yang kami lakukan. Seorang individu yang luar biasa dan penuh inspirasi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -