Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Digantung seumur hidup kerana lontar air kencing

    LONDON, 31 Okt – Tottenham Hotspur telah mengenakan penggantungan seumur hidup ke atas dua penyokong selepas satu insiden di mana mereka melontarkan cawan berisi air kencing ke arah penyokong West Ham United dalam aksi Piala Liga di Wembley.

    Satu rakaman media sosial menunjukkan seorang kencing dalam cawan plastik sebelum melontarkannya ke arah penyokong pelawat di Wembley minggu lepas.

    Tottenham telah membuat siasatan mengenai insiden itu dan, selepas mengenal pasti individu-individu terbabit, ia telah mengeluarkan penggantungan seumur hidup ke atas kedua-dua lelaki itu.

    “Kelakuan seperti ini tidak dapat diterima dan kami mengeluarkan penggantungan seumur hidup ke atas kedua-dua individu dalam video itu,” menurut seorang jurucakap Tottenham.

    Pasukan Mauricio Pochettino mendahului perlawanan dengan jaringan 2-0 sebelum West Ham bangkit untuk menewaskan pesaing London mereka 3-2 dan menempah tempat dalam suku akhir. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda