Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Digital World laksana semburan sanitasi di premis

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Sebagai langkah pencegahan jangkitan virus COVID-19, beberapa premis perniagaan di negara ini telah dilihat melakukan semburan sanitasi di kedai masing-masing.

    Antara yang mengambil inisiatif berkenaan bagi mendukung usaha kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya Kementerian Kesihatan dalam membendung penularan wabak ialah Digital World Enterprise.

    Digital World Enterprise ketika dihubungi menyatakan bahawa usaha berkenaan adalah bagi memastikan kakitangan dan pengunjung merasa selamat apabila berada di kedai.

    Digital World juga telah melancarkan kempen pembelian dalam talian selama empat hari bermula kelmarin bagi memastikan kerja-kerja penyemburan sanitasi berjalan dengan lancar dan memastikan setiap ruang kedai berkenaan telah disanitasi.

    Syarikat berkenaan juga telah mengubah waktu operasi di mana kedai berkenaan akan mula dibuka bermula tengah hari tertakluk kepada perkembangan situasi terkini COVID-19.

    Dalam kesempatan ini, pihak pengurusan Digital World mengingatkan bahawa pengunjung yang mempunyai simptom COVID-19 atau memiliki kod merah atau ungu tidak akan dibenarkan mengunjungi premis berkenaan untuk mengelakkan risiko jangkitan kepada orang awam.

    Digital World juga akan mengetatkan SOP mengikut panduan Kementerian Kesihatan kepada pengunjung di pintu masuk kedai berkenaan.

    Pekerja melakukan semburan sanitasi di premis Digital World baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda