Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dihimpit kesunyian

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    APABILA ibunya mewarisi sebuah rumah agam yang sudah usang, Seda berasa sungguh teruja untuk menghabiskan musim panasnya di sana. Halamannya sangat indah, dan Seda berasa seronok menerokai rumah besar yang dipenuhi bilik-bilik usang dan laluan-laluan rahsia itu.

    Namun kini ibunya merancang untuk membaik pulih rumah itu daripada menjualnya sahaja, ini bermakna mereka tidak akan kembali ke bandar dan tidak akan bertemu lagi dengan rakan-rakannya di sekolah.

    Dengan masa siang yang semakin singkat, Seda mula diselubungi rasa ketakutan. Hubungan mereka dengan dunia luar akan terputus dan Seda tidak yakin jika dia sanggup tinggal di rumah yang sentiasa menyebabkannya diselubungi kegelapan itu.

    Demikianlah sedikit sebanyak mengenai novel genre seram hasil karya Cyn Balog berjudul Alone. Untuk mengikuti kisah selanjutnya pembaca bolehlah mendapatkan novel ini di pasaran sekarang.

    Apabila sekumpulan remaja terperangkap berdekatan rumah agam tersebut kerana ribut, Seda tidak mempunyai pilihan selain untuk membiarkan mereka mendapatkan perlindungan di rumah itu, meskipun dia tahu bahaya yang datang mengintai di dalam rumah usang tersebut dan juga dirinya.

    Dengan turunan salju yang semakin menebal, apa yang Seda khuatir selama ini akan menjadi realiti bagi dirinya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda