Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dihimpit pencemaran, kesesakan: Warga China tetap berlari

    SHANGHAI – Sekumpulan belia China kelihatan berjoging di sepanjang lebuh raya yang sepi, namun tiba-tiba sebuah teksi telah melanggar mereka dari belakang, menghempas mereka seperti barang.

    Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan rakaman video dari wilayah timur Shandong itu telah menjadi tular di media sosial China. Beribu-ribu orang mati dalam kemalangan jalan raya setiap tahun di China, di mana jalan yang penuh sesak menjadikannya tidak ideal untuk dijadikan sebagai kawasan bejoging atau berlari.

    Tambahan, pencemaran dan suhu panas yang tinggi pada tahun ini telah terjadi di kebanyakan tempat, dan ada sebahagian daripada mereka ini terpaksa menangguhkan atau berhenti sama sekali dalam mengadakan aktviti tersebut.

    Namun dengan peningkatan jumlah golongan muda yang berpendidikan, warga bandar Cina ini tidak hirau dengan keadaan sebegitu demi menjaga kesihatan mereka. Manakala jumlah acara maraton dan larian juga semakin meningkat seperti cendawan baru tumbuh.

    Shao Yanna, 29, adalah antara bebelasan lelaki dan wanita dalam satu kelompok yang sering membuat aktiviti larian mereka di kawasan jalan raya yang sibuk di pusat bandar Shanghai pada hampir setiap minggu.

    Para penduduk melakukan aktiviti larian mereka di Shanghai.

    “Jika saya tidak berlari dalam jangka masa yang panjang, saya merasa tidak begitu sihat dan lemah, emosi saya akan merudum turun dan melakukan apa jua kerja dengan tidak begitu cekap,” katanya.

    Shao, seorang penulis iklan, mengendahkan suhu panas yang melanda Shanghai baru-baru ini, yang mana suhunya telah mencapai 40.9 darjah Celsius.

    “Keadaan amat panas dan saya akan berpeluh banyak, tetapi ia menyeronokkan dan bukan suatu perkara yang buruk. Ia menjadikan saya merasa hidup, gembira dan lebih bertenaga,” katanya.

    Pencemaran udara yang kerap melanda di bandar-bandar raya China adalah satu perkara yang lain, dan Shao sering melihat bacaan tahap pencemaran dari apklikasi telefom bimbitnya sebelum melakukan aktiviti di luar. Dia akan membuat senaman di dalam rumah jika tahap pencemaran berada dalam paras yang terlalu tinggi.

    Pada tahun 2011 terdapat hanya 22 acara maraton, setengah-maraton atau larian diadakan di China, menurut agensi berita Xinhua. Tetapi ianya dijangka meningkat pada tahun ini kepada lebih 400 acara, menurut Persatuan Olahraga Cina, dan unjurannya adalah untuk 800 acara menjelang 2020.

    Shao, yang memulakan lariannya empat tahun lalu dan telah melakukan lebih daripada 10 maraton di China dan di luar negara berkata dia telah menyaksikan peningkatan bilangan pelari di China: “Aktiviti larian adalah seperti satu fesyen. Jika anda berlari, anda kelihatan bergaya.”

    Namun, bagi kebanyakan warga Cina, terutamanya generasi tua atau dari warga bandar (yang kurang kosmopolitan daripada Shanghai), di mana aktiviti larian adalah satu hobi yang membingungkan. Terdapat jalan-jalan yang selalu penuh sesak dan ada pemandu yang tidak biasa melihat suasana larian ini.

    Shou menjelaskan: “Ia membuatkan saya merasa bangga dengan diri saya kerana saya dapat melakukan dengan apa yang mereka tidak boleh lakukan.”

    Pada tahun 2011 terdapat hanya 22 acara maraton, setengah-maraton atau larian diadakan di China, menurut agensi berita Xinhua. Tetapi ianya dijangka meningkat pada tahun ini kepada lebih 400 acara, menurut Persatuan Olahraga Cina.

    Di gim Running Cat di Shanghai, jurulatih Xu Yun, 31 tahun, telah membantu orang ramai untuk memperbaiki teknik mereka. Dia bersetuju bahawa sukan ini semakin ‘popular’, dan juga mengatakan bahawa ramai (golongan muda profesional) yang melakukan aktiviti ini adalah untuk menghilangkan tekanan pekerjaan harian mereka di pejabat.

    Kerajaan komunis China menyokong dengan kegilaan sukan ini kerana ia dapat menggalakkan kepada gaya hidup yang lebih sihat, kata Thomas Loeffler, ketua pegawai kewangan China di Messe Muenchen Shanghai.

    Loeffler, sebuah syarikat daripada Jerman yang menganjurkan karnival jualan sukan, berkata ianya cenderung kepada gaya hidup berbanding kesihatan semata-mata.

    “Golongan kelas menengah China telah menjadi besar dan lebih besar, dan orang ramai boleh menjadikan aktiviti ini sebagai hobi harian,” katanya.

    “Larian adalah satu sukan yang boleh dilakukan oleh semua orang, tetapi daripada kajian yang dijalankan mendapati bahawa kebanyakan orang telah menghabiskan duit mereka kepada kasut, baju, botol minuman dan teknologi yang boleh dipakai.”

    Jualan di China bagi pakaian sukan sedang berkembang pesat dan Nielsen, pemantau jenama, berkata tahun lalu sahaja purata perbelanjaan bagi setiap pelari Cina ialah 3,601 yuan (lebih daripada AS$500).

    Di China “maraton dianggap seperti pertunjukan fesyen,” kata Nielsen, sambil menambah bahawa 86 peratus pelari maraton di negara ini adalah golongan lelaki, tetapi golongan wanita juga menunjukkan peningkatan.

    Pelari-pelari di China kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi dan memegang jawatan kanan di tempat kerja, kata Loeffler. Dan jika mereka tidak, berlari mungkin membantu: “Acara seperti ini kebanyakkanya terdiri daripada golongan pekerja dan pelajar universiti sehingga setiap daripada mereka mahu kelihatan menonjol dari yang lainnya.

    “Sebagai seorang pelari, anda mempunyai peluang untuk berbeza, menonjol dan mencapai sesuatu yang tidak boleh dicapai oleh semua orang,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda