Kelibat selebriti Amerika Syarikat, Paris Hilton dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon baru-baru ini.
Menurut laporan Soompi.com, kedatangan Paris itu dipercayai bagi menjalani penggambaran sebuah rancangan popular di Korea berjudul Why Did You Come To My House? sebagai tetamu undangan.
Lebih menguatkan khabar angin itu apabila Paris disambut dengan sepanduk berserta tulisan ‘Let’s go party! R U ready Paris?’
Dan selebriti jelita itu memberikan respons mengujakan! Ini merupakan pengalaman pertama Paris melibatkan diri menerusi rancangan televisyen Korea. – Agensi
