Kumpulan K-pop, Vanner menerima kecaman di media sosial selepas didakwa menggunakan sensitiviti agama bagi tujuan mempromosikan lagu.
Ini selepas Vanner dikatakan mempromosi lagu baharu mereka dengan memuat naik foto memperlihatkan senjata api diletakkan beralaskan sejadah.
Warganet melihat tindakan tersebut sebagai satu penghinaan dan menganggap ia adalah disengajakan untuk tujuan promosi.
“Sangat tidak sensitif. Pihak awda sudah meletakkan senjata di atas sejadah dan berkata tidak mengetahui tentang sejadah tersebut? Tiada siapa mempunyai internet?
“Gila betul KLAP Entertainment ini. Dulu penyanyi Yujin (Kep1er) dipakaikan baju yang mengutuk agama sehingga dia dibenci peminat. Sekarang Vanner pula.
“Saya sudah percaya tujuan pihak awda. Sangat memalukan!” komen warganet.
Sementara itu, syarikat pengurusan Vanner iaitu KLAP Entertainment membuat permohonan maaf atas penyalahgunaan prop yang dianggap keterlaluan itu.
Malah, KLAP juga sudah memadam hantaran tersebut.
“Kami telah mengenal pasti bahawa beberapa prop yang digunakan semasa penggambaran Vanner 2025 mengandungi simbolisme agama.
“Kami telah mengambil langkah untuk memadamkan foto konsep yang menampilkan prop tersebut dan telah memulakan semakan dan pemeriksaan semula buku foto yang lengkap.” – Agensi