Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Dikecam hodoh, Mao Xiao Hui minta maaf

    Pelakon asal China iaitu Mao Xiao Hui memohon maaf secara terbuka selepas mendapat kecaman penonton gara-gara kelihatan hodoh dalam drama terbaharu lakonannya berjudul The Legend of Sword and Fairy 4.

    Menurut Xiao Hui, 27, dia sudah cuba menurunkan berat badan sebelum terlibat dalam penggambaran drama tersebut namun penampilannya masih belum menepati permintaan peminat.

    “Saya minta maaf kerana kelihatan hodoh di hadapan semua. Saya telah menjalani diet untuk turunkan berat badan namun masih nampak gemuk.

    “Iya, saya gemuk. Sukarnya untuk turunkan berat badan,” katanya.

    Tidak cukup dengan itu dia turut meluahkan rasa sedih kerana penampilannya itu telah membuatkan peminat kecewa.

    Menurut laporan mStar Online, aktres itu juga meminta penonton agar tidak melihat pada dirinya ketika menonton drama berkenaan.

    “Saya telah kecewakan awda semua. Saya mahu awda semua tutup mata ketika menonton. Anggap ia seperti sebuah drama radio,” ujarnya.

    Xiao Hui sebelum itu dikecam teruk oleh penonton kerana dianggap gagal mempamerkan lakonan serta penampilan terbaik menerusi watak Meng Li dalam drama tersebut. – Agensi

    Xiao Hui terbuka memohon maaf kepada peminat. – laititimes
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...