Sunday, December 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dikir 12 malam berakhir

    Oleh Yusrin Junaidi & Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Yusrin Junaidi & Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad SAW selama 12 malam berturut-turut yang diadakan di masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara berakhir malam ini dengan umat Islam akan meraikan ulang tahun hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, esok.

    Sehubungan itu, majlis penutup dikir telah diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, malam ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman,

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

    Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga mengadakan majlis penutup Dikir Maulud di Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menghadiri majlis penutup dikir di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa menghadiri majlis penutup dikir di Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei.
    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa menghadiri majlis penutup dikir yang diadakan di Masjid Ash Shaliheen.
    Antara jemaah yang meraikan majlis penutup dikir yang berlangsung di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait. – Gambar oleh Daniel Lim

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, setiausaha tetap, pemerintah-pemerintah unit, pemerintah Angkatan Bersama ABDB, timbalan setiausaha tetap di Kementerian Pertahanan, para pengarah, komandan, pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Di Masjid Ash Shaliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pula, Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan majlis serupa yang dihadiri oleh Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, pengarah-pengarah, pegawai kanan, pegawai dan kakitangan di JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis penutup tersebut diselajurkan dengan bacaan tahlil khusus bagi Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Rombongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), pula telah menghadiri majlis dikir di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar.

    Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Majlis diakhiri dengan penyerahan wakaf yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap, Pengiran Haji Mohammad Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, para pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Manakala itu, kelas bimbingan Muslimah masjid senegara telah mengadakan majlis penutup bagi Majlis Ihya Maulidur Rasul yang berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Hasbi.

    Di Daerah Belait pula, rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Belait, Awang Ramlee bin Haji Jamudin dan disertai pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, ahli-ahli jawatankuasa kerja sambutan, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid dan jemaah telah menghadiri Majlis Penutup Dikir di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

    Majlis dikir di masjid-masjid, surau dan balai ibadat telah diadakan serentak di seluruh negara mulai 17 Oktober lalu selepas menunaikan sembahyang Fardu Maghrib.

    Majlis diadakan sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid, selain mengingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW malah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan jemaah masjid dan penduduk kampung.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda