Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dikir bersama mualaf diteruskan di Tutong

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Program Rombongan Dikir Bersama Muallaf diteruskan lagi di Masjid Kampung Bukit Udal, Daerah Tutong kelmarin.

    Program anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Pengupayaan Muallaf) itu disertai kira-kira 90 orang yang terdiri daripada para Muallaf, penduduk kampung serta ahli rombongan PDI yang diketuai oleh Penolong Pengarah PDI, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd Rahman.

    Program diadakan bertujuan untuk menggalakkan para mualaf melibatkan diri dengan mengikuti aktiviti atau majlis keugamaan dan membesarkan hari kebesaran Islam yang antaranya berlaku pada setiap 12 Rabiulawal Tahun Hijrah iaitu tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

    Program berkenaan dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah A-Fatihah. Seterunya disusuli dengan Tazkirah bertajuk Nabi Muhammad SAW yang Pemedulian Terhadap Umatnya disampaikan oleh Penolong Pegawai Ugama, Unit Dakwah Daerah Tutong, Awang Muhammad Syahirul Syafiq bin Rashid.

    Program turut diserikan lagi dengan Dikir Syarafil Anam dan diikuti dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Acara diakhiri dengan sembahyang lsya’ berjemaah.

       GAMBAR- GAMBAR SERAHAN PDI

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda