Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Dikir Maulud bergema di Istana pada malam ke-11

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Majlis Dikir Maulud sempena Sambutan Maulidur Rasul di Istana Nurul Iman diteruskan untuk malam ke-11 dengan kehadiran jemaah lelaki dan wanita yang memenuhi surau-surau istana kelmarin.

    Hadir menyertai majlis di surau lelaki ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

    Turut sama hadir ialah seramai 60 pegawai dan kakitangan lelaki Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS); 60 orang Ahli Malis Perundingan Daerah Tutong; 30 KBM Masjid Omar Ali Saifuddien, serta 50 rombongan daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

    Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Isyak berjemaah, diikuti bacaan Surah Al-Fatihah dan Sayyidul Istighfar. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diperdengarkan daripada wakil KUPU SB sebelum diteruskan dengan ceramah agama bertajuk Menghayati Sunnah Rasulullah oleh Awang Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi.

    Persembahan dikir seterusnya mengalunkan Dikir Assalamualaika dan Dikir Asyraqal, diikuti Dikir Khairuman, Dikir Bisyahrin, Dikir Al-Hamdu dan Dikir Badat, sebelum majlis diakhiri dengan bacaan Doa Dikir serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Sementara itu, di surau khas bagi kaum wanita, majlis serupa turut berlangsung dengan kehadiran 60 pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; 60 Persatuan Wargamas ; 30 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Belia Masjid Senegara; serta 50 orang daripada KUPU SB.

    Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dipersembahkan oleh wakil dari KUPUSB, manakala ceramah agama bertajuk Rasulullah SAW dalam Meneladani Keluarga Baginda disampaikan oleh Dayang Roswati binti Zainal.

    Seperti di pihak lelaki, majlis turut dimulakan dengan sembahyang fardu Isyak berjemaah, bacaan Surah Al-Fatihah dan Sayyidul Istighfar sebelum diteruskan dengan pengisian lanjut.

    Atas & Bawah: Antara suasana majlis dikir tersebut.

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...