Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dikir Maulud ditutup, veteran BWMPK Sengkurong B dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Bagi memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam, Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung (BWMPK)  Sengkurong B, mengadakan Majlis Penutup Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung di Rasa Ceria Cafe, Telanai Avenue, hari ini. 
     
    Hadir pada majlis tersebut, Pengerusi BWMPK Sengkurong B, Hajah Rukiah binti Haji Mohammad Yassin. 
     
    Majlis juga bertujuan untuk menghargai ahli-ahli yang telah mencapai usia 70 tahun, atas sumbangan dan penglibatan mereka dalam aktiviti perkumpulan.
     
    Majlis diserikan dengan persembahan dikir dan tausyeh, sementara Doa Dikir dibacakan oleh Haji Rahimah binti Abas, manakala bacaan Doa Peperiksaan disempurnakan oleh Dayang Lauyah binti Haji Mohammad.
     
    Seterusnya majlis diteruskan dengan penyempurnaan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada ahli-ahli yang diraikan sebagai tanda penghormatan atas dedikasi mereka.
     
    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Hajah Kahidah binti Haji Salat.
     
    Turut hadir pada majlis tersebut, timbalan pengerusi, dan lebih 40 orang ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Biro Wanita MPK Sengkurong B.
     
    Hajah Rukiah bersama ahli-ahli yang lain pada Majlis Penutup Sambutan Maulidur Rasul. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara ahli BWMPK Sengkurong B yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda