Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dikir semarak Maulidur Rasul

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    Gambar oleh Kementerian Kewangan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1441H, Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya malam tadi mengadakan Majlis Dikir Syarafil Anam di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis anjuran Agensi Pelaburan Brunei itu terlebih dahulu dimulakan dengan menunaikan solat Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan penyampaian tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin dan diteruskan dengan sembahyang fardu Isyak berjemaah.

    Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin dan Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf ketika mendengarkan tazkirah pada majlis berkenaan.
    Antara yang hadir pada majlis dikir berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda