Oleh Daniel Lim
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) telah mengeluarkan kompaun sebanyak $1,000 kepada seorang individu kelmarin atas kesalahan membuang sampah berupa barangan elektronik terpakai di tepi jalan di Jalan Nenas Madu, Kampung Katok.
Perbuatan individu tersebut telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran dan didenda di bawah Akta Kesalahan Pelbagai (Pindaan) 2021.
Individu tersebut mempunyai tujuh hari untuk menyelesaikan kompaun berkenaan.
Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan mahkamah, di mana penalti untuk membuang sampah berkisar antara $1,000 hingga $3,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga $9,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan yang berulang.
JASTRe mengingatkan orang ramai dan pemilik perniagaan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan melindungi alam sekitar serta menekankan kepentingan memastikan ruang awam bebas daripada sampah.
