Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dikompaun gagal pakai penutup mulut

    JOHOR BAHRU, 2 OGOS – Seramai 29 individu dikenakan kompaun di negeri ini berikutan tidak memakai penutup mulut dan hidung di kawasan pengangkutan awam dan tumpuan orang ramai.

    Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebanyak 26 kompaun dikeluarkan di daerah Kota Tinggi, manakala tiga lagi di daerah Iskandar Puteri.

    Ia susulan pemantauan polis di 389 tempat awam yang dijalankan sejak semalam hingga 12 tengah hari tadi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda