Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dikritik kerana wajah biasa-biasa

    Pelakon asal Korea Selatan, Park Seo Joon mengakui dia pernah berdepan rasa rendah diri dengan penampilan sewaktu awal pembabitan dalam industri seni.

    Menerusi satu temu bual dalam program bual bicara You Quiz di tvN, Seo Joon berkongsi pengalaman mula bergelar pelakon dan melalui fasa standard kecantikan yang agak berbeza.

    “Mata merupakan ancaman terbesar (insecurity) dalam diri saya. Sewaktu pertama kali saya membuat kemunculan sebagai artis, saya menerima banyak kritikan.

    “Pada waktu itu, peminat lebih suka artis yang mempunyai penampilan tersendiri dan bukan wajah biasa yang dimilikinya. Saya juga pernah menerima komen seperti ‘Dari mana budak (Seo Joon) ini datang?” katanya memetik laporan mStar.

    Dalam pada itu, pelakon filem The Marvels itu turut menerima saranan untuk melakukan pembedahan plastik.

    “Saya malah menerima cadangan untuk melakukan pembedahan plastik dan ia sekali gus membuatkan rasa keyakinan diri saya berkurangan.

    “Saya sering terfikir apakah yang tidak kena pada diri saya? Adakah kerjaya artis bukan takdir untuk hidup saya?” ujarnya.

    Pun begitu, Seo Joon kini menjadi salah seorang pelakon Korea yang paling disayangi kerana bakat yang dimilikinya.

    Aktor berkenaan turut meluahkan rasa lega kerana dia tidak mengubah penampilannya atau berputus asa menjadi pelakon disebabkan kritikan-kritikan yang diterima sebelum ini. – Agensi

    Wajah Seo Joon kini digilai ramai peminat wanita. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda