Friday, May 16, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dikurniakan Anugerah Warga Kehormat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Setelah melalui beberapa siri lawatan kerja dan penempatan kerja dalam Rejimen Pasukan Khas sejak kebelakangan ini, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen telah dikurniakan Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas semasa Upacara Perbarisan Raksasa Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT)  ABDB ke-58 Tahun di Stadium Mini, Bolkiah Garison, hari ini.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menyempurnakan penganugerahan Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas sejurus selepas sembah watikah penganugerahan warga kehormat yang dibacakan oleh Timbalan Pegawai Pemerintah Rejimen Pasukan Khas, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, 756 Mejar Mohd Azmi bin Mohd Taib.

    Terdahulu, dalam sembah watikah tersebut, Mejar Mohd Azmi menjelaskan bahawa mereka yang akan dianugerahkan warga kehormat berkenaan diibaratkan sebagai seorang pahlawan, yang telah diperkenankan untuk mengenali unit RPK lebih dekat lagi, melalui beberapa siri lawatan kerja dan juga penempatan kerja di dalam Rejimen Pasukan Khas sejak kebelakangan ini.

    Menurutnya, berbagai-bagai pendedahan khususnya dari segi pelajaran dan latihan-latihan operasi khas telah pun diperkenalkan sekali gus berpeluang untuk sama-sama melaksanakan latihan-latihan yang telah dibentuk dan dirancang semasa program penempatan dalam unit elit berkenaan.

    Ia merangkumi semua aspek peringkat fasa latihan operasi khas darat, latihan operasi khas maritim dan latihan operasi khas hutan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menyempurnakan penganugerahan Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas kepada DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar oleh Muiz Matdani

    “Bermula dengan latihan asas ketahanan jasmani yang sangat mencabar tahap mental dan fizikal, namun berbekalkan daya ketahanan yang sangat tinggi berasaskan kepada persiapan yang cukup sebelum mengikuti penempatan kerja tersebut, maka akhirnya, mereka yang akan dianugerahkan Warga Kehormat ini (pahlawan tersebut) telah dapat mengatasi semua cabaran tersebut dengan baik dan cemerlang,” jelasnya lagi.

    Mejar Mohd Azmi menambah bahawa ia diikuti lagi dengan penerapan pelajaran operasi khas dengan berbagai-bagai taktik dan teknik penyusupan masuk ke kawasan objektif telah diperkenalkan dan dilatihkan, antaranya melaksanakan latihan dengan menggunakan kaedah turun tali cepat (fast roping) daripada pesawat Blackhawk.

    Selain itu, mereka juga berpeluang melaksanakan latihan menentang pengganas dalam pesawat terbang komersial, mempunyai pengalaman meredah lautan terbuka dengan berenang jarak jauh menuju ke sasaran dan seterusnya melaksanakan serangan ke atas objektif dan melaksanakan latihan rondaan jarak jauh di dalam hutan.

    “Ini jelas menunjukkan bahawa mereka yang dianugerahkan warga kehormat ini mempunyai semangat juang yang tinggi serta memiliki sifat keberanian yang sangat utuh dan tidak mudah menyerah kalah, sehingga membolehkan dirinya terus bersaing secara positif dengan anggota-anggota yang sebaya di dalam pasukannya setiap kali melalui pelbagai cabaran semasa penempatan kerja,” jelasnya.

    Pada penghujung sembah watikahnya, beliau menekankan bahawa dengan pencapaian yang sangat tinggi dan profesional itu, ia telah mencerminkan diri mereka yang akan dianugerahkan warga kehormat itu adalah seorang pemimpin pasukan khas yang sangat berjaya pada masa hadapan, memiliki karisma semangat kepahlawanan dengan wawasan yang sangat jauh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/