Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dilarang daki gunung Uluru mulai Oktober 2019

    CANBERRA, 2 Nov – Lembaga Taman Negara Uluru-Kata Tjuta, Australia pada Rabu mengumumkan aktiviti mendaki Uluru iaitu gunung batu terbesar dunia adalah dilarang mulai Oktober 2019, lapor agensi berita China Xinhua.

    Keputusan yang dianggap bersejarah itu, dicapai sebulat suara oleh lapan pemilik tanah adat tradisional dan tiga wakil dari Taman Negara. Larangan mendaki gunung batu, yang dianggap suci oleh penduduk tempatan Anangu dan puak orang asli berkenaan berkuatkuasa dari Oktober 2019.

    Pengunjung di Uluru, yang juga dikenali sebagai Ayers Rock, sejak sekian lama telah dinasihatkan bahawa penduduk orang asli tidak suka aktiviti mendaki dilakukan tetapi aktiviti merentas hutan adalah dibenarkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda