Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Dilarang guna akuarium jual air

    KUALA LUMPUR, 21 JULAI – Penggunaan akuarium atau bekas bukan untuk tujuan makanan dilarang seperti dinyatakan dalam Peraturan 31, Peraturan-peraturan Makanan 1985, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

    Merujuk isu tular di media massa dan media sosial berkaitan penggunaan akuarium sebagai bekas penyimpanan air untuk tujuan jualan, beliau berkata ia menjadi satu kesalahan kerana akuarium berfungsi sebagai bekas memelihara ikan.

    “Akuarium kebiasaannya diperbuat daripada bahan kaca atau acrylic atau plastik dan berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates, yang boleh larut dalam air seterusnya mencemarkan air tersebut, sekali gus boleh mengakibatkan kesan kepada kesihatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...