Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Dilarang guna logo Piala Dunia tanpa kebenaran

    DOHA, 27 JUN – Qatar memberi amaran kepada orang awam supaya jangan menggunakan logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 pada plat lesen kenderaan yang tidak mendapat kelulusan, selepas didapati puluhan plat lesen kenderaan dilelong dengan harga ratusan ribu dolar.

    “Mereka dilarang untuk menyalin dan meletakkan logo Piala Dunia pada plat lesen kenderaan,” menurut menteri hal ehwal dalam negeri menerusi akaun Twitternya, sambil memberi amaran bahawa individu yang didapati bersalah akan menerima tindakan undang-undang.

    “Plat lesen kenderaan yang memiliki logo Piala Dunia adalah versi khusus yang dikeluarkan menurut terma dan syarat yang sejajar dengan FIFA. Manakala itu, untuk tujuan dilelong adalah hanya dengan nombor plat lesen khas sahaja,” menurut laporan.

    Sebanyak 50 plat lesen kenderaan mengandungi logo Piala Dunia telah dilelong pada Mei lalu, dengan harga mencecah sehingga AS$494,000.

    Pada Mei lalu, pihak berkuasa Qatar berkata lima individu telah ditahankan kerana membuat promosi penjualan pakaian yang mempunyai logo Piala Dunia Qatar 2022 tanpa mendapatkan kelulusan daripada FIFA, yang melindungi tanda dagangan mereka.

    Kejadian tersebut berlaku selepas pihak berkuasa membuat serbuan di sebuah kilang pembuatan minyak wangi yang sepatutnya meletakkan logo berkenaan pada botol berjenama, tanpa melakukan penahanan. Tidak ada minyak wangi rasmi.

    FIFA adalah badan jawatankuasa bola sepak dunia dan Qatar akan menghoskan Piala Dunia pada 21 November hingga 18 Disember tahun ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...