Thursday, February 9, 2023
23.4 C
Brunei

-

Dilema setiap dua tahun

Setiap dua tahun sekali, pembaharuan permit pekerja sering memeningkan kepala banyak pihak terutamanya pekerja itu sendiri.

Ya, kami akui semua negara punya undang-undangnya sendiri termasuk negara ini. Tetapi, jika dipermudahkan segala urusan, ia adalah lebih baik dan amat dialu-alukan. Masalah-masalah yang sering dihadapi salah satunya ialah tempahan melalui Que-Up yang sentiasa penuh untuk pemeriksaan kesihatan, manakala bagi membuat kad pengenalan pula, didapati tiada tawaran di aplikasi itu.

Que-Up sepatutnya diperbaharui kerana setiap kali menekan untuk menempah pemeriksaan kesihatan, ia meminta nama dan nombor Bruhim, sepatutnya ia boleh dibuat ‘auto save’ untuk memudahkan penempahan.

Jika ada slot tiba-tiba pun dan dapat menempahnya, ada kalanya ia mencetuskan kehampaan. Slot yang ada sepatutnya sudah pun diperuntukkan untuk penempah, tetapi hanya kerana kemungkinan ada sedikit masalah untuk datang tepat waktunya, ada yang tidak dibenarkan melakukan pemeriksaan.

Dikatakan sistem sudah ‘fixed’, namun sistem itu dibuat oleh manusia dan slot dan jumlah sudah pun diperuntukkan untuk penempah pada hari tersebut. Disebabkan sistem, maka berlaku penolakan untuk pemeriksaan.

Sementelah lagi, amat sukar menempah slot di aplikasi itu kerana sudah penuh sehingga penghujung Februari. Jika ‘bertuah’ sahaja dapat menempah, itu pun kami rasa ia disebabkan ada pembatalan.

Mungkin sudah tiba masanya pihak berkenaan membuka lebih banyak pusat pemeriksaan kesihatan lain di Daerah Brunei dan Muara untuk mengatasi masalah ini.

Itu belum lagi dilema lain, antaranya imbasan X setiap dua tahun yang pada pandangan kami tidak perlu, memperbaharui kad pengenalan, pas pelajar dan sebagainya. Diharap akan ada pembaikan dalam perkara ini.

Kami Frust

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kim Jong Un bawa anak perempuan lawat markas tentera

SEOUL, KOREA SELATAN, 8 FEB - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membawa anak perempuannya melawat kem tentera bagi menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan...
- Advertisment -