Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Dilema tersembunyi seorang guru

    Baru-baru ini penulis terbaca dalam media sosial tentang luahan seorang guru berkaitan bebanan tugas yang digalasnya sebagai pendidik.  
     
    Dalam luahan itu, beliau menyatakan kebanyakan program-program tambahan di sekolah sebenarnya sudah menjadi beban kepada para guru. Lebih teruk lagi apabila mereka terpaksa melaporkan data yang direka sendiri supaya objektif program tercapai dan sekolah berkenaan mendapat kredit. 
     
    Perkara itu memang mengejutkan penulis kerana jelaslah bahawa amalan-amalan itu perlu diteliti lebih lanjut demi kesihatan mental dan fizikal para pendidik. 
     
    Ini kerana, penulis juga mempunyai empat orang adik yang menjadi guru sekolah.
     
    Walaupun mereka jarang bercakap tentang tugasan sekolah ketika kami sekeluarga berkumpul namun daripada riak wajah dan jawapan mereka, ternyata sudah ‘lelah’ untuk bicara tentang kerja mereka.
     
    Penulis juga mempunyai rakan-rakan yang bekerjaya sebagai guru dan daripada perkongsian mereka, terdapat tugasan baharu lain dan kursus yang mereka perlu laksanakan selain mengajar.
     
    Dari sana, penulis mendapati bahawa guru-guru juga perlukan sokongan daripada kementerian dan empati daripada pihak pentadbiran berhubung tugasan dan kesejahteraan guru-guru. 
     
    Daripada luahan guru berkenaan, penulis berasa amat bimbang dengan kisah tersembunyi begini yang boleh memudaratkan para pendidik dan juga para pelajar.
     
    Diharapkan pihak kementerian menyiasat dengan lebih telus dan menyeluruh akan perkara ini sebelum menjadi barah terhadap pendidikan di negara ini.
     
    Abah
     
    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Lawatan guru ke Kingston Beverage & Creamery

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV-  Kira-kira 10 guru Pengajian...

    23 pelajar, 8 guru program Pra-Vokasional terima sijil

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV –...

    Kebersihan tandas masjid perlu diutamakan

    Setiap kali saya ke masjid untuk solat berjemaah, hati...

    Mini konvokesyen rai pelajar STJ PGGMB

    Oleh Sim Y. H. KUALA BELAIT, 9 NOV - Sebagai...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...