DUBAI, 28 Feb – Malek Jaziri mengejutkan peminat tenis pada Kejohanan Dubai dengan kemenangan pusingan pertama 4-6, 7-5, 6-4 ke atas pemain pilihan pertama, Grigor Dimitrov untuk memperoleh kemenangan terbesar dalam kerjayanya semalam.
Pemain Tunisia yang menduduki ranking 117 itu beraksi cemerlang bermula pertengahan permainan hingga ke set terakhir untuk bangkit menewaskan pemain 10 teratas dunia itu.
Dimitrov, pemain di ranking keempat gagal menunjukkan prestasi terbaiknya, mungkin masih belum pulih sepenuhnya daripada penyakit yang menganggunya pada bulan ini apabila dia tewas dalam perlawanan akhir Rotterdam kepada Roger Federer. Dia juga berasa terganggu oleh kecederaan bahu dalam beberapa bulan ini. “Anda mempunyai hari-hari seperti ini dan anda tidak dapat berbuat apa-apa,” kata Dimitrov. “Malangnya, saya tidak dapat bermain permainan yang diinginkan. “Pergerakan tidak baik di gelanggang. Saya fikir saya membuat servis yang baik, tetapi saya kehilangan rentak sekali lagi selepas itu.
Jaziri mempunyai sejarah di Dubai, menghadapi nama besar termasuk Federer, Novak Djokovic dan Andy Murray, yang mengalahkannya dalam pusingan pertama di sini setahun lalu. – AFP