Thursday, December 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Din Lela meninggal dunia

    Jenazah pemain gitar Kumpulan Lela, Allahyarham Mohamad Salehuddin Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kemang, Kampung Limbongan, Melaka selepas solat Zohor pada Isnin.

    Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) Negeri Melaka yang juga Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Tertinggi KARYAWAN Malaysia, Datuk Zainal Abu Bakar berkata, Salehuddin, 54, atau sinonim dengan panggilan Din Lela meninggal dunia jam 2:25 pagi Isnin di Hospital Melaka akibat semput.

    “Anaknya memberitahu, arwah mengalami sesak nafas di rumah dan dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun, beliau menghembuskan nafas terakhir di Unit Kecemasan Hospital Melaka.

    “Jenazah kemudian dibawa balik ke kediamannya di Kampung Kolam dan dimandikan dan dikapankan di Masjid Al Ehsan Kampung Limbongan.

    “Solat jenazah diimamkan oleh anak bongsu yang juga anak lelaki tunggal, iaitu Muhamad Naufal Syadanish, 18,” katanya kepada Harian Metro.

    Allahyarham Salehuddin meninggalkan balu dan lima cahaya mata.

    Zainal berkata, dia juga mewakili KARYAWAN bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah Salehuddin. – Agensi

    Allahyarham Din Lela meninggal dunia akibat sesak nafas. – Harian Metro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda