Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dina Boluarte Presiden baharu Peru

    LIMA, 8 DIS – Naib Presiden Dina Boluarte mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden baharu Peru, menjadikannya wanita pertama yang memegang jawatan presiden dalam sejarah negara. 

    Dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan di Dewan Kongres, Boluarte menyeru pelaksanaan ‘gencatan politik’ dan penubuhan kerajaan ‘perpaduan’, lapor Xinhua.

    Boluarte mengangkat sumpah setelah Kongres memecat Pedro Castillo hanya beberapa jam selepas beliau gagal dalam percubaan membubarkan parlimen.

    Castillo yang ditahan petang semalam oleh pasukan keselamatan, sebelum ini berkata bahawa usul pemecatan yang diluluskan Kongres pimpinan pembangkang ‘adalah sebahagian daripada permainan politik”’terhadapnya.

    Dilahirkan di Chalhuanca di wilayah selatan Apurimac, Boluarte, 60, ialah seorang peguam terlatih dan memiliki ijazah sarjana dari Universiti San Martin de Porres. – Bernama

    Dina Boluarte melambai anggota Kongres selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Peru beberapa jam selepas bekas Presiden, Pedro Castillo didakwa di Lima, pada 7 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda